THE JOURNEY

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Friday 29 March 2013

Quick update.

Lama gila tak update blog. Kalo orang lain, takat seminggu dua tak update rasa blog berhabuk dah.
Ni setengah tahun kot. Bukan takat berhabuk, kalo rumah tu, dah kena makan dek anai-anai, tunggu nak roboh je.


Tuan dia ada penyakit malas. Malas nak berikrar supaya selalu update blog. Sebab kang kalo tak update rasa bersalah kat diri sendiri pulak.


I'll just go with the flow. Flow apa? Flow tahap kerajinan aku.



Friday 7 September 2012

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Lama blog ni tak ber'update'. Alasan tuan dia? Malas. Apakah alasan terbaik dari ini, ye dak?


Raya tahun ni, tak seperti family lain, kami sekeluarga ni sekeping gambar bertiga pun takde. Balik-balik gambar anak, gambar mak dan anak dan gambar ayah dan anak. Tak teringat langsung nak ambik gambar bertiga. Tah pape. Orang lain kemain nak bergambar berpakaian sedondon. Kami? Sedondon la sangat. Pagi raya tu si ayah berbaju melayu kaler krim (baju nikah dia), mak baju itam polka dot, anak baju purple polka dot. Anak dengan mak je la kot satu tema even kaler lain-lain. corak pun lain gak sebenarnya. Cuma corak tu terbulat-bulat jugak kira sama la tu. Ayah out of chart terus dah.


Oleh kerana tiada gambar bertiga, maka aku pun malas nak upload apa-apa gambar untk entry ni. (boleh plak kan?) Next entry la ye.


Wednesday 15 August 2012

Geli.

Tak kusangka rupanya anak aku tu penggeli. First time tau dia pandai geli ni masa nak beli bola lembik-lembik yang ada air tu. Kan ada jenis yang permukaan dia ada bulu-bulu getah tu. Bagi la dia pegang. Terus dia lepas sambil buat muka geli. Haha.


Lepas pada tu banyak benda la kami figure out yang dia geli. Tapi yang takleh blah tu, tali hp aku pun dia geli. Tapi itam bodo yang pasang kat hp tu la. Kalo tali tu still tergantung, dia pegang tali tu buat hempuk hp aku. Kalo aku buang tali tu, mula la dia buat muka cuak sambil merenung si tali. Kalo letak atas riba dia, satu badan terkodek-kodek kegelian.  (p/s: ada ka word terkodek-kodek? belasah! ;p)


Last week saja try beli biskut Farley Rusk tu bagi kat Caca. Saja nak bagi dia belajar pegang food sendiri. Selama ni duk nganga macam anak burung je bila mak suap. Mula-mula ok. Gigih dia menyuap biskut tu. Tapi bila tangan dia start melekit-lekit dengan biskut yang melt tu, dia mula geli. Dia lepas biskut tu, lepas tu start duk belek-belek tangan dia sambil buat muka geli. Aku suruh pegang biskut balik pun takmau. Tapi bila aku suap biskut tu, nak makan pulak. Sudahnya aku la tukang suap sampai biskut abeh dia makan. Please la. Tangan kotor pun geli. Bajet pembersih sangat la tu. Yang duk menjilat cermin, hisap sarung bantal,  boleh pulak.




Nak ajar sampai berjaya jugak. Biar comot satu badan, janji pandai makan sendiri.

Friday 3 August 2012

Random


 
Hari tu dah test bagi makan telur. Nampaknya ok tanpa sebarang alergik. Pasni nak try telur putih lak. Rasanya budak ni ok kot. Actually bagi ni pun sebab nak pegi check up. Kompem misi tanya nanti. Sebab masa cucuk setahun nanti protein. Takut kalo tak pernah introduce telur, kang tetiba alergik, haru pulak.  Nak pi check up secara illegal ni. Yang legal punya adalah pada 1 Ogos. Tak pegi sebab malas nak pegi. Boleh gitu? Haha. Lagipun just nak timbang-timbang je. Bukan ada sesi cucuk -mencucuk pun.



..........................................................................................................................................................


Petang ni balik kampung hantar keta Kak Sarah. Balik mai sini naik flight  Ahad malam kang. Nak naik bas, takut Caca buat opera cina dalam bas pulak. Dengan aku pun naik stress sama. Dengan nak meriba sampai berjam-jam. Kalo letak atas seat bas sorang-sorang kang, kompem tergolek.

So, booth minggu ni tutup. Next week baru bukak. Harap-harap sale ok la sebab dah nak dekat-dekat raya kan? InsyaAllah....

Tuesday 24 July 2012

Sahur Punya Tragedi

Salam Ramadhan.

Hari ni dah masuk hari ke-4 kita menunaikan ibadah puasa. Dan masuk 4 hari jugak la laki aku makan lauk kedai.

Ceritanya gini. Pagi Sabtu time nak sahur, laki aku belikan charkoeyteow untuk bersahur. Bukak posa pulak kami pegi pasar ramadhan kat presint 2 Putrajaya. Saja bawak adik aku jalan situ. Dia boleh balik weekend. Jumaat tu Paat pi ambik dia kat SMAP Labu.

Lepas bukak posa tu aku dah decide nak masak untuk sahur. Kemain kunci jam pukul 3pagi. Tapi sudahnya pukul 4 baru terhegeh-hegeh nak masak. Aku nak buat sambal telur rebus je. Pastu goreng pekasam.

Nasi tengah mendidih dalam rice cooker, telur dah siap rebus. Jam menunjukkan pukul 4.30pagi, aku pun segeralah menuang cabai kering yang telah diblend bersama bawang ke dalam kuali. Tak sampai 5minit, aku tengok api makin kecik. Pelik pulak rasanya. Takde la pulak aku adjust api tu di mana-mana. Bila aku pusing je tombol dapur tu, pufff!!! Api pun padam. Bila bukak balik, memang dah tak nyala. Bunyi gas pun dah takde. Sikit punya signal pun dia tak bagi. Kejam kau gas! T__T

Aku pun apa lagi, terus sarung tudung, kejut adik aku, ajak gi kedai. Akhirnya santapan kami untuk sahur tu lauk kedai la jugak. Lepas tu sampai ke hari ni tong gas masih tidak berganjak. Laki aku malas nak angkut naik tingkat 3. Kalo dia sanggup makan lauk kedai hari-hari sepanjang bulan posa ni aku tak kisah, lagi senang keje aku. Hehe. ;p