Aku geram sejak petang semalam lagi. Sejak ambik Caca dari nursery. Ada ke patut diorang tak bagi anak aku makan? Bagi susu je. Alasan anak aku taknak. Logik ke? Taknak macam mana yang kau maksudkan? Taknak setelah kau panaskan bubur tu, kau try suap dan dia reject or kau tanya dia "Caca nak bubur?" then dia jawab "tanak". Gitu?
Ceritanya begini, semalam adalah hari ketiga aku hantar Caca ke nursery. Setiap kali balik, mesti bubur dia tak laku. Aku bekalkan setiap hari dua bekas sebab memang between 8am to 6pm biasanya dia akan habiskan dua bekas bubur. Hari isnin laku satu je. Susu aku bekalkan 3 botol. Susu abeh. Selasa susu abeh jugak 3 botol, bubur laku satu jugak. Alasan dia anak aku tanak makan. Mula-mula aku boleh terima kot-kot anak aku belum rasi lagi dengan tempat tu so selera pun ala-ala kureng la kan.
Selasa bila bubur laku satu je aku dah start persoal. Baby sitter kata kena tambah susu sebab dia nak minum banyak. Pelik. Sebab sebelum ni anak dara aku ni sejak start solid food, susu siang agak kurang, paling banyak pun 3 botol je. Makan kuat la.
So Rabu, iaitu semalam, aku bekalkan 2 bekas bubur dan 4 botol susu. Siap pesan lagi kat orang yang sama suruh bagi makan. Dia taknak pun try suap jugak. Actually takde sejarah anak aku reject foods. Except bila dah dia kenyang yang amat je. Kadang-kadang tu siap marah-marah sebab dah kenyang bila mak dia duk pulun nak suruh dia habiskan makanan, tapi bila sua sudu, mulut nganga jugak.
Petang semalam masa pegi ambik Caca, tanya la baby sitter, susu abeh x? Dia jawab ada satu lagi Caca tengah minum. Ok la, means susu 4 botol la dia minum. Bubur? Dia kata bubur tak makan pun. Aku terus tanya apsal? Dia macam taktau nak jawab apa, pastu sengih pastu buat-buat sibuk pegi ambik beg sekolah Caca. Pastu dia datang dan kata Caca taknak makan. Aku heran betul dengan statement tu tapi aku terus blah sebab kepala otak ni aku duk digest maklumat yang dia bagi. Taknak makan? Taknak makan yang macam mana? Dah la susu yang dia kata Caca tengah minum tu dia pass dekat aku, aku tengok elok je lagi 3.5oz. Means Caca tak minum pun lagi. So maknanya sepanjang anak aku kat nursery tu dia just minum 3 botol susu je la.
Aku drive balik dengan hati membara. Rasa macam taknak hantar dah Caca kat tempat tu. Kepercayaan aku dah agak luntur. Dan yang aku pelik, awek tak nampak macam kebulur pun bila sampai rumah. Aku try suap susu yang tak abeh tu dia tak mau. Tapi bila aku keluarkan bubur nak suap, excited jugak la dia tapi tak la kelihatan macam budak tak cukup makan. Aku syak dia malas panaskan bubur, so dia jamu anak aku nestum budak lain je. Kalo betul dia buat macam tu, aku tak redha la. Aku punya la taknak bagi anak aku makan processed food, taknak bagi makan sembarangan, sesuka hati je orang nak treat anak aku macam tu. Tu bukan rumah kebajikan, aku bayar tau. Kau dah kerja kat situ, tunaikanlah tanggungjawab tu dengan amanah.
Pagi ni aku pergi hantar Caca dengan misi nak lecture sikit baby sitter tu. Yang duk ambik dan bagi Caca kat aku adalah orang yang sama, so aku syak dia yang handle anak aku hari-hari. Pagi ni orang lain a.k.a supervisor dia yang buka pintu. Ini sudah bagus. Aku pun bagitau pasal diorang tak bagi anak aku makan etc. Dia pun janji nak bagi anak aku makan so petang ni kita tengok je lah ye macam mana. Walaupun deep inside aku ada bad feeling kot-kot diorang malas jugak nak panaskan, nak suap, so diorang tuang je makanan tu then suap nestum. Aku still tak tau kan? Aku tawakaltu'alallah je la.
........................................................................................................................................
Semalam ada orang dengki mak dia duk menjahit. Sibuk nak perhatian jugak. Bila toleh, tengok-tengok dah jadi gini.
![]() |
| dengki punya pasal, dia bikin onar dengan lace-lace ku itu. |

No comments:
Post a Comment