THE JOURNEY

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, 4 July 2012

Eksiden N Caca's First Time Naik Flight.

Salam.

Rupanya sudah lama tidak ber'update' blog ku ini. Dah ada cerita hot (hot ker?), baru bukak blog kembali. Standard la kan. Hihi.

27 Jun 2012
Hari ini dalam sejarah jugak. Kereta ku kena gesel-gesel manja gesel dengan lori. LORI wa cakap lu. Haha. Sesuka ati je dia masuk lane org, gesel body kereta aku belah kanan, pastu cuba melarikan diri. Mujur ada abang peronda yang tangkas dapat mengejar penjenayah itu.

Aku tak cedera la. Cuma nak menangis jugak la pabila melihat kecederaan yang dialami oleh kereta ku itu. Pintu belah aku terkopak, langsung tak boleh buka. Dengan calar2 yang berkedalaman beberapa mm itu sungguh memilukan hati.

Sebagai penambah perisa, van Paat pun rosak jugak. Duk bertangguh nak repair, last-last kereta nan satu ni pun nak ke workshop jua. So takde la transport kitorang nih. Maka we decided untuk balik kampung. Pinjam kereta akak aku sambil menenangkan fikiran. Cewah.

Mula-mula ingat nak balik kampung esok harinya, Khamis 28 jun dengan bas je. Tapi bila pikir Caca tengah demam (ye, dia demam lagi), kesian pulak kat dia. Kesian jugak kat mak dan ayah dia yang bakal terpaksa berperang melayan budak demam yang kompem tak selesa duduk lama-lama dalam bas. Akhirnya, tutup mata, bukak wallet, serah duit kat AirAsia je la. Janji anak selesa. Flight nya pukul 7.10a.m, so check in siap-siap la. Tak kuasa akak nak bertapa kat airport lelama.

Pagi nak ke airport tu pulak, ada kutu buat naya kat kitorang. Mula-mula beria nak tolong hantar. Siap pesan kat kitorang suruh call pukul 4.30am. Hampeh. Kitorang call dari pukul 3 lebih sampai pukul 5, satu call pun tak berjawab. Mujur ada kawan Paat boleh hantarkan. Yang bestnya, sampai entry ini ditulis, orang yang nayakan kitorang tu tak return call langsung. Even kalau kau tertidur sekalipun, bangun dah tengahari pun, at least mesej la. Ko takde adab ke apa? Ke memang sengaja nak carik gaduh dengan kitorang? Pelik betul ko nih.

Kitorang sampai airport ngam-ngam je gate nak close. Terus berlari-larian ke gate. Nasib la flight parking dekat je. Masuk je dalam flight, Caca dah meragam nak susu. Tak sempat take off, dia tidur dah. Sampai landing, sikit pun tak sedar. Takpe la nak, bagus jugak, dari ko buat perangai dalam tu, baik ko tidur je.

Sampai Kedah, petang tu Caca terus baik dari demam. Sampai sekarang tak demam-demam balik dah. Alhamdulillah. Kena tukar angin sampai ke Kedah rupanya. Makan modal sungguh. Haha.




p/s: Entry kali ini tiada gambar. Sebabnya semua gambar ada kat hp Paat je.

No comments:

Post a Comment