Assalamualaikum.
Terus hapdet la ye dak? Apa nak tunggu lagi.
Ye. Cerita terbaru adalah masih panas. Tuan tanah masih ada sedikit ketar yang belum abeh.
Ceritanya begini. Kat opis ni parking usah cerita la kan. Pack yang amat. Sesekali dapat park bawah pokok tepi building ni kira heaven la. Tengahari tadi aku balik rumah. Hantar nasik kat Mr Mama a.k.a laki aku yang tengah mengasuh anak tu. Dah seminggu dia mengasuh sebab belum dapat pengasuh baru lagi.
Ok. Back to story. Ni cerita setelah aku kembali ke opis lepas hantar makan kat Paat. Ada la satu petak parking tepi building ni tapi dia di antara dua bijik kereta. Maka aku terpaksa la gunakan ke'pro'an aku memparking secara side parking. Tengah2 duk meng'adjust', tetiba 'krakkk"!!! Hah, sudah! Kompem aku dah terlanggar van depan tu. Sampai bergegar la body dia. Jeling jap manusia2 yang melepak kat lobi tu. Ye, semua tengah memandang ala2 kepochi. T__T
Masa tu aku dah terbayang2 RM yang akan melayang kepada tuan punya van yang aku langgar. Dalam hati ada cuak sedikit dengan nasib bumper aku jugak.Juga terbayang2 Paat yang akan membebel2 kat aku sebab dia tau aku ni careless orangnya.
Sekali keluar kereta nak tengok tahap kerosakan, hati ada rasa girang. None. Tiada. Yilek. Hahahaha. Sebab van tu bubuh besi penghadang kat bumper dia. Aku tak tau nama spesifik menda alah tu. Sila imagine sendiri. Bumper aku pun sikit pun tak cedera. Rasa bahagia je time tu. Tapi tak lama. Aku start je melangkah nak masuk building, ada berbelas2 bijik mata tengah mengusha aku bak aku ni pesalah yang dah dijatuhkan hukuman. Pakgad pun ada sekali. Dia usha paling lama.Hampeh!
Lantak la. Memang aku salah. Tapi dah van tu tak cedera langsung. Buat apa aku nak report kat Pakgad tu pulak kan? Nak pergi mintak maaf kat tuan punya van pun, macam tak perlu pun takpa.
Cuma dalam hati ada rasa tak best. Sebab sejak aku dapat lesen, ini la baru kali pertama aku langgar kereta orang. So aku isytihar Hari Ini Dalam Sejarah.
Nak cerita kat Paat ke? Tak payah la kot. ;p
Tunggu la next week ke, next month ke. Hehe.
No comments:
Post a Comment