Ye. Sebulan sudah tak update blog. Bila takdak blog gigih sangat nak buat blog. Bila dah ada ditinggal-tinggalkan.
Sebulan jugaklah Caca dimengasuh oleh ayahnya. Sebulan jugaklah laki aku kerja malam saja. Nak buat macam mana. Bukan senang nak cari pengasuh dekat Putrajaya ni.
Akhirnya ketemu jua tempat mengasuh baru a.k.a nursery. Bondamama @ Presint 11. Agak jauh jugaklah aku kena pusing nak ambik nak hantar, tapi environment nampaknya ok. Maka hopefully semua ok lah hendaknya.
Hari ni first day Caca kat sana. Anak mak sila behave ye. Awak tu dah la tak berapa reti bergaul sangat. Belajar-belajar la bersosial ye sayang.
No comments:
Post a Comment