Yeah! Hari ni, 17/07/2012, genap 6 bulan sudah aku full breastfeed Caca. Aik, bukan Caca lagi seminggu nak masuk 9 bulan ke? Haa..meh sini nak story tentang kegagalan dan kejayaan aku dalam dunia breastfeeding ni.
Caca kan lahir-lahir je terus masuk NICU selama 5 hari. Lepas tu pulak kena penyakit muntah-muntah, so tak dapat la aku breastfeed dia selama 5 hari tu. Jadi pengepam tegar je kat rumah untuk kurangkan bengkak. Tapi hasil nan hado je. Bila dia balik rumah, aku sempat full breastfeed dia selama 3 hari sebelum production aku down tetiba. Aku syak sebab kurang minum air. Lepas tu stress sebab newborn baby ni asyik nak mengempeng je. Sampai lenguh pinggang aku.
Lepas tu, bermula la episod baby di topup FM. Aku agak sedih la sebab nawaitu awal tu memang nak full BF dia selama mana yang boleh. Tapi bukan la 100% bergantung pada FM. Aku selang seli. Sesi first FM, sesi second BF. Macam tu la rutin aku sehari-hari sampai la dekat-dekat nak habis pantang. Ada kawan aku datang melawat dan aku sangat kagum dengan dia sebab masa tu dia dah BF anak dia almost setahun setengah. Dia kata dia ambik supplement Shaklee. Aku pun lepas tu gigih la surf internet nak carik supplement ni. Dipendekkan cerita, lepas 3 hari, sampai la parcel depan pintu rumah mertua aku.
Rupa-rupanya baru ku tahu supplement saja tak mencukupi. Kena rajin pam dengan konsisten dan jugak kena selalu bagi baby stimulate. Tapi bukan senang nak kumpul stok. Hari first masuk keje, aku dapat kumpul 4oz je. Masa tu Caca dihantar ke rumah babysitter bersama-sama dengan setin FM. Tapi EBM pun tetap aku bekalkan setakat yang ada. Alhamdulillah. Bila masuk keje ni, time nak pam tu memang konsisten so production pun makin lama makin banyak.
Dan bila Caca almost 3months old, on 17/01/2012, aku suruh babysitter stop terus FM sebab aku dah mampu bagi bekalan EBM yang mencukupi untuk dia setiap hari. Actually aku jarang dapat buat stok beku. Kalo ada terlebih pun dalam 2,3 bekas je. Tu pun tak lama dalam freezer. Last-last kena guna jugak. Kiranya kais pagi makan pagi la ni. Tapi alhamdulillah, still cukup even Caca perlukan setiap hari dalam 4ozX6botol.
Bila dia dah start solid food, bertambah lega la aku sebab aku takde la perlu bertungkus lumus mengepam teruk-teruk macam sebelumnya. Sekarang dia cuma minum 3ozX5botol je dekat nursery. Tapi rupanya makin kurang aku mengepam, makin kurang pulak production nya. So masih lagi perlu mengepam seperti hari-hari nan lalu. Cuma setiap kali pam, aku sentiasa berpuas hati dengan hasil yang aku dapat even kadang-kadang sikit bangat. Sebab sekarang mengepam adalah untuk kekalkan production, bukan nak kejar stok. Hehe.
Ops. Aku ambik supplement sebulan jek. Lepas tu aku guna konsep supply vs demand.
Matlamat aku adalah untuk BF Caca selama mana yang aku mampu. Lantak lah bila ada mulut-mulut yang kata aku tak mampu beli susu anak, sebab tu aku BF. Persetankan. Spesis gini kalo aku terangkan 1001 khasiat susu ibu pun dia bukan boleh terima. Tau nak kondem orang je. Apa dia jaki dengan orang BF aku pun taktau. Anak aku, suka ati aku la nak bagi makan/minum apa. Kalo aku bagi dia maka pizza hari-hari pun bukan kaco duit ko kan? Dan aku pun takde la nak mengata mak-mak yang bagi anak minum FM sebagai mak yang tak prihatin. Aku sendiri pun lepas abeh pantang mak aku aku bagi FM je. Cuma aku masih mampu nak BF anak aku, and untungnya anak aku pun memang jenis suka ngempeng, maka hajat aku tu pun terlaksana la. Ada jugak mak-mak yang berniat nak BF anak, tapi dah anak tu tanak bagi kerjasama, sedap botol, nak buat camna jugak kan? It doesn't mean that u are a bad mom. Besar elok jugak anak tu kan?
kenyang setelah pekena sebotol FM.

No comments:
Post a Comment