Nak jugak kan? Anak dah 8 bulan setengah baru gigih nak buat entry pasal kelahiran dia. Ok la tu. Untuk kenangan di masa hadapan. Tambah-tambah lepas bersalin ni ada penyakit lupa yang agak serius. Baik tulis cepat. Kang kalo lupa nanti sapa nak jawab? Hehe.
p/s: hari ni entry panjang sket okeh. Kalo nak baca sila sediakan softdrink with popcorn ye. ;p
Actually aku punya EDD adalah 01/11/2011. Cantik kan tarikh? Tapi 14/10/2011 aku dah start cuti. Sebabnya aku kerap kena false alarm tak kira masa. Cuak la gak sebab perancangannya adalah untuk deliver kat kampung. Kat sini sapa la nak jaga aku.
Sampai kat kampung, pagi Sabtu 15/10/2011 dalam pukul 3pagi, aku rasa cam ada air sikit keluar. Dah la time tu tengah contraction main-main. Kejap ada, kejap takde. So sebagai newbie bab beranak ni, tanpa melengahkan masa, aku ajak Paat pegi hospital (Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar) cepat-cepat. Sebab dari pembacaan aku, leaking ketuban boleh buat baby lemas.
Lepas sampai sana, takde leaking pun. Discharge yang berlebihan je. Kan dah tak pasal-pasal je kena seluk. Diorang bagi ubat, pastu aku pun balik la rumah. Kat rumah (rumah mertua - berpantang di sana ye), keje aku makan tido je. Tak buat apa pun. Kata dah sarat kan? Harus la goyang perut je. Hehe.
Lepas tu, macam biasa serangan false alarm yang tidak menetu sampai aku naik fed up. Ada sekali tu sakit lama sungguh. Tapi tak pegi hospital pun. Instinct menyatakan bahawa belum masanya nak beranak. Sampai la hari Khamis, 20/10/2011, pagi tu ada show. Darah campur lendir sikit. Tapi disebabkan sakit yang main-main je (sampai aku naik imune), aku biar je la dulu. Sampai la petang Jumaat, darah still keluar sikit-sikit, perut start mengeras, dan yang peliknya aku dah takleh duduk. Means takleh duduk dengan papan punggung. Kena melutut so punggung tak cecah ke lantai atau kerusi. Kalo try gak, rasa tak selesa yang amat.
Malam tu, Jumaat, 21/10/2011 pukul 9malam aku ke hospital lagi. Duduk dalam kereta pun tak selesa. Masa tu contraction ada tapi macam biasa la. Tak konsisten. Sampai sana, check itu ini, bukaan baru 1cm. Sebab rumah dekat, sila datang lagi esok pagi pukul 7. Tapi kalo sakit kuat or leaking, datang secepat mungkin ye. Itu kata nurse kat aku.
Sampai rumah pun dalam pukul 11 lebih gitu. Nak tido, tapi rasa tak selesa. Duduk pun tak boleh. So aku tawaf hall rumah mertua aku. Huhu. Saja bagi letih. Senang sikit nak tido. Lepas dah letih-letih tu, aku baring-baring jap. Sekali rasa nak shi-shi pulak. Masa bangun tu, aku rasa macam ada benda meletup kat bawah. Pastu rasa macam air menderu turun. Berlari aku ke toilet. Bila check, soheh leaking. Sebab discharge tak mungkin sebanyak ni. Tetiba je nebes. Alamak, nak bersalin dah aku ni. Hehe. Terus pegi hospital. Masa ni kira dah hari Sabtu la, 22/10/2011 pukul 2 pagi. Baru 5 jam sebelum tu aku pegi check, kali ni pegi lagi. Mesti nurse tu ingat aku tak sabar nak beranak T__T
Bila check, kompem leaking dengan bukaan 2cm. Sebab dah leaking maka doktor tu kata kena admit terus. Masa tu akak aku pun sampai (dia doktor kat hospital tu so boleh redah masuk je la tempat tu). Time tu doktor (H.O) tu nak ambik darah aku. Tapi dia kata "nervous la saya Dr Sarah duk tengok". Akak aku kata, "takpe la. Try ambik dulu". Dua kali try, failed. Akak aku terus tepuk-tepuk lengan belah kiri (doktor tadi try belah kanan), pastu mintak jarum. One shot terus dapat darah. Kata anaesthetist, harusla pandai carik urat. Tapi sakit nak mampos. Terkeluar pulak dari mulut aku depan-depan doktor tu "wei, sakitla bongok" ;p Reflex sebab akak sendiri. Kat doktor-doktor lain tak pernah la pulak aku menyumpah even sakit pun. Pandai pulak mulut aku behave.
Settle semua tu dalam pukul 4lebih jugak la. Start tu aku duk menganga je la dalam wad. Bukan laki boleh teman pun. Pagi morning time breakfast tu, gigih la aku nak makan. Lapar. Sekali duk adjust-adjust nak duduk tu gagal. Perut rasa terhenyak bila aku duduk. Try paksa gak tapi memang tak boleh. Gagal sesi breakfast. Agak kecewa di situ. Huhu. Pukul 8 pagi doktor panggil nak check bukaan. 3cm. So balik semula ke wad.
Start tengahari, time melawat tu contraction mula kerap dan makin sakit. Masa ni duk baring sambil melayan sakit je la. Family mertua datang bawak makan pun aku makan sesuap dua je. Sembang pun takmau dah. Pukul 3.30 check bukaan lagi. Takde perubahan. Still 3cm. So doktor suruh nurse inject ubat tahan sakit. Lepas tu aku tido je.
Time melawat petang family aku pulak datang. Kali ni sakit + mamai sebab still sedated. Aku pun taktau tahap serabai aku takat mana time tu. Rasanya pukul 7 petang check lagi bukaan. Masih takde progress. Sakit makin kuat. Malam tu nurse datang bawak borang suruh aku sign. Dia kata, esok pagi 23/10/2011, kalo takde progress jugak, pukul 8 pagi kita induce. Aku takmau induce, dengar cerita super sakit. Tapi kena la sign jugak kan.
Malam tu akak aku datang wad jap lepak-lepak dengan aku. Dia abeh keje pukul 10 malam. Tapi aku nak borak-borak pun takde mood. Dia datang bawak air milo kotak dengan majalah Wanita. Last-last dia sendiri baca. Aku macam biasa la. Duk melayan sakit. Setengah jam je dia kat situ. Lepas dia balik, aku continue nganga. Perut time tu aku rasa dah kecik. Baby pun sangat kurang gerak. Risau aku.
Rasanya sampai pukul 2 pagi 23/10/2011 kot duk melayan sakit tu. Sampai satu tahap rasa tak tertanggung lagi. Picit menatang interkom (tu ke nama dia?), bagitau nurse "saya tak tahan. sakit sangat dah" . Nurse suruh masuk bilik yang duk check bukaan tu (jalan sendiri la. pelan-pelan meniti tepi-tepi dinding). Bila check, baru 4cm. Tapi diorang kata ok la, boleh terus masuk labour room. On the way tolak ke labour room, aku request kat nurse nak bilik yang husband boleh teman.
Masuk situ, salin baju, cucuk drip, pasang ctg kat perut, Paat pun sampai. Rasa nak shi-shi la pulak. Request kat nurse nak pegi toilet, dia tak bagi. Sudahnya dia masukkan tiub untuk keluarkan urine aku. Nurse tu sangat baik. Aku lupa nama dia. Dia tolong lap-lap muka aku. Kemaskan rambut aku yang serabai tahap orang gila dah agaknya. Lepas tu dia kata, kalo rasa sakit sedut gas. Lepas tu dia tinggal je aku dengan Paat kat dalam tu. Ops, sebelum keluar, sedas lagi ubat tahan sakit dia cucuk. Aku pun girang la. Bajet boleh tido la kan. Lepas tu bila rasa sakit je, aku sedut gas. Tapi efek dia bukan masa sedut tu. Lambat 30saat. Dengan efek ubat tahan sakit lagi, lalok-lalok je aku rasa. Lepas tu rasanya terlelap jap.
Sedar pukul 6.50 pagi setiap kali contraction mesti rasa nak push. Mula-mula ingat nak tahan, tapi kang takut terpush terkeluar pulak baby aku. Bagitau kat Paat suruh panggil nurse. Dengan doktor pun tiba la time tu. Bila check baru 8cm. Tapi doktor kata kalo rasa nak push, push je. Maka pukul 7.15 bermula la sesi mengepush. Aku pun taktau berapa kali aku pun. Tapi ada ketika aku rasa nak give up nak suruh diorang belah je perut aku (letih sebab tak makan kot).
Masa tu Paat tukang ampu kepala aku. Nurse-nurse tukang kasi semangat. Sekali doktor kata dah nampak kepala baby, lepas tu dia gunting kasi jalan besar sikit. Lepas tu dia suruh aku push sekuat hati. Terus rasa kepala baby keluar. Lepas tu dia suruh rest ambik nafas jap sebelum keluarkan badan baby. Takde maknanya aku nak tunggu. Aku nak settlekan benda ni secepat mungkin. Haha. Terus tarik nafas, push sekuat hati, lepas tu terus rasa lega. Fuh. 23/10/2011 pukul 7.37 pagi, keluar jugak baby aku akhirnya. Paat bisik kat telinga aku, "baby perempuan". Yang terlafaz kat mulut ni adalah "alhamdulillah". (actually kitorang taktau gender dia sebab buat scan biasa je lepas tu tak nampak pulak. tapi semua orang expect girl, so alhamdulillah la dapat girl)
Tapi aku regret gak sebab aku tak ingat moment first baby aku nangis. Sebab lepas dia keluar, aku macam 50-50 sedar dengan tak. Maybe sangat penat kot. Pandangan dalam bilik tu pun macam kabur-kabur ala-ala time kita nak pitam tu. Sedar-sedar diorang tunjuk baby kat aku, baby pun tengah nangis, tanya jantina. Mana aku nampak. Spek kan diorang cabut. Pastu nurse bising kat Paat suruh pakaikan aku spek cepat-cepat. Belum sempat pakai spek aku cakap je perempuan sebab tadi Paat dah bagitau. Lepas diorang godek-godek baby jap, diorang letak baby atas dada. First time nampak muka anak. Bengkak sungguh sampai nampak cam alien. Hehe. Dia duk menangis menjerit-jerit atas dada aku. Ada la dalam 30 saat. Lepas tu diorang bawak lari. Masuk NICU sebab leaking more than 24hours. So kena observe dulu.
Elok je baby di bawak pergi, akak aku baru sampai hospital untuk memulakan kerja. Dia jenguk dalam bilik tu "eh, beranak dah? (cis. aku ni penuh harapan la dia ada masa nak beranak. rupanya duk tunggu siang dulu sebab katanya aku punya progress lambat so dia ingat paling awal aku deliver adalah pada pukul 8 pagi)
Aku rasa jahit punya sesi adalah sangat lama dan menyeksakan. Tapi sebab letih kot, kadang-kadang terlelap jugak masa kena jahit tu. Lepas tu diorang bagi aku rest jap sebelum kena tolak masuk wad balik.
Aku discharge keesokan harinya. Anak dalam NICU sampai 5 hari. Masuk antibiotik sebab second day kat situ dia muntah-muntah.
Sekian.
Aku discharge keesokan harinya. Anak dalam NICU sampai 5 hari. Masuk antibiotik sebab second day kat situ dia muntah-muntah.
Masa lahir sangat putih seghelah sampai aku pun kagum. Hehe. Lepas tu makin lama makin gelap. Sekarang selevel je kot cerah dari aku. Mak pak bukan putih pun. Anak nak mai putih kot celah mana kan ;p
Kami namakan Maysa Naura.
Maysa = Anggun
Naura = Bunga
No comments:
Post a Comment